Tawakal biasanya akan kita lakukan setelah kita selesai berusaha. Apabila kita rasakan usaha yang kita lakukan sudah cukup, kita wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap perkara.
Anda perlu redha dengan segala yang telah ditetapkan oleh Allah. Rela menerima kenyataan walau sepahit mana pun hakikat.
"Sungguh mengagumkan keadaan seorang Mukmin, segala keadaan yang menimpanya dianggap baik. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa musibah dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya."
Hadith Riwayat Muslim
Meskipun si dia masih misteri, tidak perlulah kita mencuba-cuba untuk melakukan sesuatu yang dilarang. Misalnya meramal nasib dan jodoh kita. Tindakan itu membuktikan, betapa lemahnya iman kita. Bertawakallah kepada Allah. Nescaya Allah akan membantu hamba-Nya.
Pupuklah rasa Husnudzon ini kepada Allah. Hadirkan prasangka-prasangka yang baik. Kembangkanlah nilai-nilai positif dalam diri kita. Kita pasti akan menjadi hamba yang baik dengan adanya prasangka sebegitu.
Tambahan pula, tidak ada ruginya apabia kita memiliki akhlak ini. Kita akan menjadi seseorang yang tidak mudah murung. Seandainya soal memikirkan jodoh ini diterima dengan lapang dada dan Husnudzon, kemungkinan tidak ada org yang bunuh diri kerana cinta.
Ya Allah, Jagalah Dia Untukku
by Burhan Sodiq
(page 61-63)
No comments:
Post a Comment